Thursday, 26 May 2011

Drama Nora Elana di Slot Akasia

Drama Nora Elena adalah sebuah cerita yang  diadaptasi dari sebuah novel "Kasih Yang Suci". Cerita yang patut ditonton selepas Adamaya adalah drama terbaik yang membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Siti Saleha, Zul Ariffin dan ramai lagi. Drama dari slot Akasia TV3 yang mula ditayangkan semenjak 9 Mei 2011 bakal mengundang resah gelisah dan gundah gulana menantikan waktu siarannya pada pukul 7.00-8.00 malam, Isnin hingga Khamis.

OST Nora Elena: Lagu-lagu yang syok abis...





Wednesday, 20 April 2011

KRIS DAYANTI NIKAH BULAN LEPAS, HAMIL 4 BULAN

"Saya disahkan berbadan dua oleh doktor pada Januari lalu. Kami sudah dewasa dan kami terima hal ini (kehamilan) dengan penuh rasa tanggungjawab." kata Kris Dayanti dalam sebuah akhbar hari ini.

Memang mengejutkan industri hiburan di Malaysia mahupun di Indonesia dengan beirta ini. Kris yang baru bernikah pada Mac lalu, beliau dan suaminya sepakat untuk menjelaskan kepada peminat-peminatnya daripada berita itu disampaikan oleh pihak lain.

Sunday, 17 April 2011

YOUTUBE POPULARKAN CIKGU SHIDA

Menariknya kali ini adalah berkenaan dengan cikgu Shida. Siapa cikgu Shida ni? Jom kita tengok..
Guru selalunya mempunyai karekter yang garang, tegas dan berdisiplin. Tetapi cikgu Shida telah menjadikan guru juga boleh menjadi begitu kreatif dengan hanya memainkan beberapa watak dalam lagu dengan miming sahaja. Hobi yang dulunya hanya suka-suka telah menjadikan dirinya begitu popular di Youtube..


Tuesday, 12 April 2011

Ameng Spring Dijel 11 tahun & 10 Sebatan..

Hari ini 13 April 2011, Malaysia dikejutkan lagi dengan berita vokalis kumpulan Spring, Ameng yang dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan. Ameng, 43 , mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah dalam badan di sebuah hotel di Taman Melaka Raya pada Februari lalu. Isteri Ameng, Sabariah Zakariah bagaimanapun dibebaskan selepas pertuduhan terhadapnya digugurkan. 


Mengikut pertuduhan, Ameng dan isterinya didapati memiliki kanabis seberat 105.90 gram dibilik nombor 1, Hotel Senyum Mesra, nombor 346 A&B, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya pada 1 Februari lalu.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama, dibaca sekali dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan membabitkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan 10 sebatan jika sabit kesalahan. Selain itu Ameng juga menghadapi pertuduhan tambahan yang turut membabitkan dadah.


Bagaimanapun, Peguam Ameng meminta makahmah menjatuhkan hukuman paling minimum terhadap anak guamnya memandangkan itu kesalahan pertamanya memiliki dadah. 

AF 9 Tahap Biasa..

Minggu lepas bermulanya konsert pertama pelajar AF 9 yang membuka tirainya tetapi masih belum mencapi tahap yang dijangka, malah banyak yang perlu diperbaiki. Manurut Pengetua AF9, Amy Search berkata, anak buahnya masih lagi diselubungi perasaan gemuruh meskipun sebelum ini masing-masing sudah menjayakan konsert Tirai AF.

Laika atau Zulaika,22, dari Kuala Lumpur merupakan pelajar pertama disingkirkan pada konsert pertama AF9. Walaupun mendapat pujian daripada pengkritik tetap Ogy, Hattan dan Adibah Nor (Juri jemputan) namun nasib tidak menyebelahi Laika untuk mara ke konsert seterusnya. Namun kesungguhan Laika mendendangkan lagu Ku Bahagia harus dipuji. 

AF9 masih belum ada impaknya. Para pelajar masih diselubungi perasaan takut dan gemuruh yang amat sangat. Pada pandangan saya, konsert pertama AF9 amat mengecewakan. Saya bukan untuk menjatuhkan kredibiliti pelajar tetapi itulah hakikatnya mereka harus belajar dan belajar lagi...Tetapi Aznil tetap mantap dan terbaik mengacarakan AF9. 


Peratusan undian minggu pertama AF9:
1. Nera-15.66 %
2. Erul-13.13 %
3. Aida-12.72 %
4. Raqib-11.01 %
5. Lena-9.92 %
6. Afif-8.89 %
7. Amir-7.6 %
8. Azri-4.97 %
9. Miza-4.25 %
10. Eka-4.24 %
11. Kay-3.93 %
12. Laika-3.66 %