Hari ini 13 April 2011, Malaysia dikejutkan lagi dengan berita vokalis kumpulan Spring, Ameng yang dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan. Ameng, 43 , mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah dalam badan di sebuah hotel di Taman Melaka Raya pada Februari lalu. Isteri Ameng, Sabariah Zakariah bagaimanapun dibebaskan selepas pertuduhan terhadapnya digugurkan.
Mengikut pertuduhan, Ameng dan isterinya didapati memiliki kanabis seberat 105.90 gram dibilik nombor 1, Hotel Senyum Mesra, nombor 346 A&B, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya pada 1 Februari lalu.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama, dibaca sekali dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan membabitkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan 10 sebatan jika sabit kesalahan. Selain itu Ameng juga menghadapi pertuduhan tambahan yang turut membabitkan dadah.
Bagaimanapun, Peguam Ameng meminta makahmah menjatuhkan hukuman paling minimum terhadap anak guamnya memandangkan itu kesalahan pertamanya memiliki dadah.


No comments:
Post a Comment